إعدادات العرض
Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan
Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan
Daripada ʿUmar bin al-Khaṭṭāb رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dia berhijrah kepadanya.” Dalam satu lafaz oleh al-Bukhari: “Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan.”
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Français Bahasa Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili தமிழ் မြန်မာ Deutsch 日本語 پښتو Tiếng Việt অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands ئۇيغۇرچە සිංහල ไทย دری Fulfulde Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek Moore नेपाली Oromoo Wolof Soomaali Български Українська Azərbaycan Bambara ქართული Македонски Ελληνικά ភាសាខ្មែរ አማርኛ Malagasy Akan मराठी ਪੰਜਾਬੀ Lingala Italianoالشرح
Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa setiap amalan dinilai berdasarkan niat. Hukum ini bersifat umum bagi semua amalan, sama ada ibadat mahupun muamalat. Sesiapa yang berniat melakukan sesuatu amalan hanya untuk memperoleh manfaat duniawi, maka dia hanya akan mendapat manfaat tersebut tanpa sebarang ganjaran pahala. Namun, sesiapa yang berniat untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala dengan amalannya, dia akan memperoleh ganjaran dan pahala walaupun amalannya hanyalah perkara biasa seperti makan dan minum. Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم memberikan satu perumpamaan bagi menjelaskan kesan niat dalam amalan walaupun rupa lahiriah amal itu kelihatan sama. Baginda menerangkan bahawa sesiapa yang berniat berhijrah dan meninggalkan tanah airnya demi meraih keredaan Tuhannya, maka hijrahnya adalah hijrah yang sah menurut syarak, diterima dan diberi ganjaran pahala kerana keikhlasan niatnya. Namun, sesiapa yang berhijrah kerana mengejar manfaat duniawi seperti harta, kedudukan, perniagaan atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka dia hanya akan memperoleh manfaat duniawi yang diniatkannya itu dan tiada ganjaran pahala buatnya.فوائد الحديث
Galakan untuk beramal dengan ikhlas, kerana Allah tidak menerima sesuatu amalan kecuali yang dilakukan dengan tujuan mencari keredaan-Nya.
Amalan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah عز وجل, jika dilakukan oleh seseorang hanya sekadar kebiasaan tanpa niat ibadah, maka dia tidak akan mendapat pahala daripadanya, sehinggalah dia berniat melakukannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.