“Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain. Sesiapa yang melakukan kemudaratan maka Allah akan memudaratkannya, dan sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya.”

الشرح

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa wajib menolak segala bentuk kemudaratan dalam pelbagai jenis dan keadaannya, sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Tidak boleh bagi sesiapa untuk mencederakan dirinya sendiri atau orang lain dengan apa jua cara sekalipun. Begitu juga, tidak boleh baginya membalas kemudaratan dengan kemudaratan kerana kemudaratan tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan kecuali dalam bentuk qisas dengan tanpa melampaui batas. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan ancaman bahawa sesiapa yang memudaratkan orang lain akan ditimpa kemudaratan dan sesiapa yang menyusahkan orang lain akan ditimpa kesusahan.

فوائد الحديث

Larangan membalas sesuatu dengan lebih daripada kadar yang setimpal.

Allah tidak memerintahkan hamba-Nya dengan sesuatu yang memudaratkan mereka.

Pengharaman perbuatan memudaratkan dan menyakiti sama ada melalui perkataan, perbuatan atau dengan mengabaikan sesuatu kewajipan.

Balasan adalah berdasarkan jenis perbuatan. Oleh itu, sesiapa yang memudaratkan orang lain maka Allah akan memudaratkannya dan sesiapa yang menyusahkan orang lain maka Allah akan menyusahkannya.

Antara kaedah syariah: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan”; maka syariat tidak mengiktiraf kemudaratan dan menolak segala bentuk perbuatan memudaratkan.