“Sesiapa yang melakukan dalam urusan kami sesuatu yang bukan (berasal) daripadanya, maka ia ditolak

“Sesiapa yang melakukan dalam urusan kami sesuatu yang bukan (berasal) daripadanya, maka ia ditolak

Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang melakukan dalam urusan kami sesuatu yang bukan (berasal) daripadanya, maka ia ditolak.” (Muttafaqun ‘alaih) Dan dalam riwayat Muslim: “Sesiapa yang melakukan suatu amalan yang tiada perintah daripada kami, maka ia ditolak.”

الشرح

Nabi ﷺ menerangkan bahawa sesiapa yang mencipta dalam agama atau melakukan suatu amalan yang tiada dalil daripada al-Quran dan Sunnah, maka amalan itu ditolak dan tidak diterima di sisi Allah.

فوائد الحديث

Ibadah dibina berdasarkan apa yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan Sunnah, maka kita tidak menyembah Allah melainkan dengan apa yang telah disyariatkan, bukan dengan bidah atau perkara baru yang diada-adakan.

Agama bukanlah berdasarkan pendapat atau selera hati seseorang, tetapi ia berlandaskan petunjuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Hadis ini menjadi dalil tentang kesempurnaan agama.

Bidah ialah setiap perkara yang diada-adakan dalam agama yang tidak wujud pada zaman Nabi ﷺ dan para sahabatnya, sama ada dari sudut akidah, perkataan atau amalan.

Hadis ini merupakan salah satu daripada prinsip asas dalam Islam dan ia bagaikan penimbang bagi segala amalan. Sebagaimana setiap amalan yang tidak diniatkan kerana Allah tidak akan mendapat pahala, demikian juga setiap amalan yang tidak selaras dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ tidak diterima daripada pelakunya.

Perkara-perkara bidah yang dilarang merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan agama, bukan urusan duniawi.