إعدادات العرض
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam, Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.”
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Français Bahasa Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी ئۇيغۇرچە Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili မြန်မာ Deutsch 日本語 پښتو Tiếng Việt অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands සිංහල தமிழ் دری Fulfulde Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски O‘zbek Moore नेपाली Wolof Soomaali Български Українська Azərbaycan ქართული тоҷикӣ Bambara Македонски Ελληνικά ភាសាខ្មែរ አማርኛ Malagasy Oromoo Akan ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Lingala Italianoالشرح
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa seorang hamba yang beriman kepada Allah dan hari akhirat yang padanya tempat janjinya, padanya dibalas setiap amalnya, imannya akan mendorongnya untuk mengamalkan sifat-sifat berikut: 1- Bercakap baik: Termasuk menyebut tasbih dan tahmid, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan berusaha menyelesaikan pertelingkahan di antara manusia. Jika tidak mampu berbuat demikian, hendaklah dia diam, menjauhi perkara yang membahayakan serta menjaga lidahnya daripada berkata buruk. 2- Menghormati jiran iaitu dengan berbuat baik kepadanya dan tidak menyakitinya. 3- Menghormati tetamu yang datang mengunjungimu iaitu dengan kata-kata yang baik, menyediakan makanan dan sebagainya.فوائد الحديث
Beriman kepada Allah dan hari akhirat merupakan asas bagi segala kebaikan dan ia mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan baik.
Berhati-hati daripada keburukan lidah.
Agama Islam adalah agama perpaduan dan kedermawanan.
Sifat-sifat ini termasuk cabang-cabang iman dan adab-adab yang terpuji.
Banyak bercakap boleh membawa kepada perkara yang tidak baik atau haram. Keselamatan terletak pada menahan diri daripada bercakap kecuali tentang kebaikan.