إعدادات العرض
Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya melebihi bapanya, anaknya dan seluruh manusia
Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya melebihi bapanya, anaknya dan seluruh manusia
Daripada Anas رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya melebihi bapanya, anaknya dan seluruh manusia."
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Français Bahasa Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी ئۇيغۇرچە Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili မြန်မာ ไทย Deutsch 日本語 پښتو Tiếng Việt অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands සිංහල தமிழ் دری Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių Malagasy Română Kinyarwanda नेपाली Српски Soomaali Moore Українська Български Wolof Azərbaycan ქართული тоҷикӣ Bambara Македонски አማርኛ Oromoo ភាសាខ្មែរ मराठी ਪੰਜਾਬੀ Italiano O‘zbekالشرح
Rasulullah ﷺ memberitahu kita bahawa iman seorang Muslim tidak sempurna sehingga dia meletakkan kecintaan terhadap Rasulullah ﷺ melebihi kecintaan kepada ibu bapanya, anak-anaknya dan seluruh manusia. Cinta ini menuntut ketaatan kepada baginda, membelanya dan menjauhi segala bentuk keingkaran kepada baginda.فوائد الحديث
Kewajipan mencintai Rasulullah ﷺ dan meletakkan cintanya melebihi kecintaan kepada setiap makhluk.
Antara tanda kesempurnaan cinta ialah menegakkan sunnah Rasulullah ﷺ dan mengorbankan diri serta harta demi menegakkannya.
Cinta kepada Rasulullah ﷺ menuntut ketaatan kepada apa yang diperintahkan, meyakini apa yang disampaikan, menjauhi larangan dan teguran beliau serta mengikuti sunnahnya dan meninggalkan bidaah.
Hak Rasulullah ﷺ lebih agung dan lebih utama daripada hak semua manusia lain; kerana baginda adalah sebab kita mendapat petunjuk berbanding kesesatan, penyelamat kita daripada neraka dan kejayaan memperoleh syurga.