إعدادات العرض
Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Sesiapa yang berazam untuk melakukan satu kebaikan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat untuknya di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berazam serta melakukannya maka Allah mencatat baginya…
Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Sesiapa yang berazam untuk melakukan satu kebaikan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat untuknya di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berazam serta melakukannya maka Allah mencatat baginya di sisi-Nya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda, bahkan berlipat kali ganda yang lebih banyak. Dan sesiapa yang berazam untuk melakukan satu kejahatan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat buatnya di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Namun jika dia berazam serta melakukannya maka Allah akan menulis baginya satu kejahatan sahaja
Daripada Ibn ʿAbbās رضي الله عنهما: Daripada Nabi ﷺ dalam hadis yang diriwayatkannya daripada Tuhannya عز وجل berfirman: Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Sesiapa yang berazam untuk melakukan satu kebaikan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat untuknya di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berazam serta melakukannya maka Allah mencatat baginya di sisi-Nya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda, bahkan berlipat kali ganda yang lebih banyak. Dan sesiapa yang berazam untuk melakukan satu kejahatan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat buatnya di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Namun jika dia berazam serta melakukannya maka Allah akan menulis baginya satu kejahatan sahaja."
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Bahasa Indonesia Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी Français Tiếng Việt Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili தமிழ் မြန်မာ Русский Deutsch 日本語 پښتو অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands ئۇيغۇرچە සිංහල دری Fulfulde Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek Moore नेपाली Oromoo Wolof Soomaali Български Українська Azərbaycan Bambara ქართული Македонски Ελληνικά ភាសាខ្មែរ Akan አማርኛ Italiano Malagasy ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Lingalaالشرح
Rasulullah ﷺ menerangkan bahawa Allah telah menetapkan pahala bagi kebaikan dan dosa bagi kejahatan, kemudian Dia menjelaskan kepada dua malaikat cara mencatat amalan tersebut: Sesiapa yang berkehendak, berniat dan berazam untuk melakukan satu kebaikan maka ditulis baginya satu kebaikan penuh walaupun dia tidak melakukannya. Jika dia benar-benar melakukannya maka pahalanya digandakan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda, bahkan berlipat kali ganda mengikut kadar keikhlasan hati dan sejauh mana manfaat amalan itu tersebar. Sesiapa yang berkehendak, berniat dan berazam untuk melakukan satu kejahatan, lalu dia meninggalkannya kerana Allah maka ditulis baginya satu kebaikan. Jika dia meninggalkannya hanya kerana sibuk atau lalai tanpa berusaha melakukannya maka tidak ditulis apa-apa baginya. Jika dia meninggalkannya kerana tidak mampu melaksanakannya maka ditulis dosa niatnya. Sekiranya dia benar-benar melakukannya, maka ditulis baginya satu dosa sahaja.فوائد الحديث
Penjelasan tentang sifat pemurah Allah yang Maha Agung terhadap umat ini dengan melipatgandakan pahala kebaikan dan mencatatnya di sisi Allah, serta tidak melipatgandakan dosa-dosa.
Kepentingan niat dalam amalan dan kesannya.
Kelebihan, kelembutan dan kebaikan Allah عزَّ وجلَّ buat sesiapa yang berniat melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, Allah tetap menulisnya sebagai satu kebaikan.