إعدادات العرض
Kesucian adalah separuh iman. Ucapan Alhamdulillah memenuhi timbangan dan ucapan Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi apa yang ada di langit dan di bumi
Kesucian adalah separuh iman. Ucapan Alhamdulillah memenuhi timbangan dan ucapan Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi apa yang ada di langit dan di bumi
Daripada Abu Malik al-Ash‘ari رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Kesucian adalah separuh iman. Ucapan Alhamdulillah memenuhi timbangan dan ucapan Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi apa yang ada di langit dan di bumi., Solat itu cahaya, sedekah itu bukti, sabar itu sinar dan al-Quran akan menjadi pembela atau pendakwamu. Setiap manusia keluar (pada waktu pagi), lalu menjual dirinya; sama ada membebaskan dirinya (dengan amalan soleh) atau membinasakannya (dengan dosa)."
الترجمة
العربية Kurdî English Kiswahili Español اردو Português বাংলা Bahasa Indonesia فارسی தமிழ் हिन्दी සිංහල Tiếng Việt മലയാളം Русский မြန်မာ ไทย پښتو অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands ئۇيغۇرچە Bosanski Hausa తెలుగు دری Ελληνικά Azərbaycan Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore Wolof Tagalog Soomaali Français Українська Bambara Deutsch ქართული Македонски Magyar 中文 ភាសាខ្មែរ Italiano አማርኛ Malagasy Oromoo मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingalaالشرح
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa kesucian zahir diperoleh melalui wuduk dan mandi. Ia merupakan syarat sah solat. Ucapan: “Alhamdulillah memenuhi timbangan” ialah pujian kepada-Nya SWT, dengan menyifatkan-Nya dengan sifat-sifat kesempurnaan, yang akan ditimbang pada hari kiamat dan memenuhi timbangan amal. Ucapan: “Subhanallah dan Alhamdulillah” ialah mensucikan-Nya daripada segala kekurangan dan menyifatkan-Nya dengan kesempurnaan mutlak yang sesuai dengan keagungan-Nya, disertai dengan kecintaan dan pengagungan terhadap-Nya, yang memenuhi antara langit dan bumi. "Solat itu cahaya” bagi hamba (yang terpancar) di dalam hatinya, wajahnya, kuburnya dan ketika dibangkitkan pada hari kiamat. “Sedekah itu bukti” menunjukkan keikhlasan iman seorang mukmin, berbeza dengan munafik yang menahan diri daripadanya kerana tidak mempercayai janji ganjarannya. “Kesabaran itu sinar” iaitu menahan diri daripada keluh kesah dan rasa kecewa merupakan cahaya yang menghasilkan kehangatan dan pembakaran, seperti cahaya matahari; kerana ia berat dan memerlukan perjuangan menundukkan nafsu daripada apa yang diingininya. Pemiliknya sentiasa diterangi cahaya, mendapat petunjuk dan terus berada di jalan yang benar. Kesabaran ini termasuk kesabaran dalam mentaati Allah, meninggalkan maksiat, serta bersabar menghadapi musibah dan pelbagai kesusahan di dunia. “Al-Quran menjadi pembela” melalui pembacaan dan pengamalannya, atau "menjadi pendakwa" jika ditinggalkan tanpa membaca atau mengamalkannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa semua manusia bangun, bergerak, tidak tidur dan keluar dari rumah-rumah mereka untuk melakukan pelbagai pekerjaan. Terdapat di antara mereka yang istiqamah dalam ketaatan kepada Allah maka dia membebaskan dirinya daripada api neraka dan ada pula yang menyimpang serta melakukan maksiat sehingga menjerumuskan dirinya ke dalam neraka.فوائد الحديث
Kesucian itu dua jenis: Kesucian zahir yang diperoleh melalui wuduk dan mandi, manakala kesucian batin diperoleh melalui tauhid, keimanan dan amal soleh.
Kepentingan menjaga solat ialah ia menjadi cahaya bagi hamba di dunia dan di akhirat.
Sedekah menjadi bukti keikhlasan iman.
Kepentingan mengamalkan al-Quran dan mempercayainya agar ia menjadi pembela bukan pendakwa.
Jika jiwa tidak diisi dengan ketaatan, ia akan memenuhi hidupmu dengan maksiat.
Setiap manusia pasti melakukan sesuatu amalan sama ada ia membebaskan dirinya melalui ketaatan atau menghancurkannya melalui maksiat.
Kesabaran memerlukan ketahanan dan pengharapan pahala serta terdapat kesukaran padanya.