“Engkau hendaklah sentiasa basahi lidahmu dengan mengingati Allah.”

“Engkau hendaklah sentiasa basahi lidahmu dengan mengingati Allah.”

Daripada ʿAbdullāh bin Busr رضي الله عنه bahawa seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat-syariat Islam telah banyak bagiku, maka beritahulah kepadaku satu perkara yang boleh aku berpegang teguh padanya.” Baginda bersabda: “Engkau hendaklah sentiasa basahi lidahmu dengan mengingati Allah.”

الشرح

Seorang lelaki mengadu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم bahawa amalan-amalan sunat telah banyak sehingga dia tidak mampu melaksanakannya kerana kelemahannya. Kemudian dia meminta Nabi صلى الله عليه وسلم menunjukkan kepadanya satu amalan yang ringan tetapi mendatangkan ganjaran besar untuk dia amalkan dan berpegang teguh dengannya. Maka Nabi صلى الله عليه وسلم membimbingnya agar lidahnya sentiasa basah dengan berterusan mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap waktu dan keadaan, sama ada dengan tasbih, tahmid, istighfar, doa dan sebagainya.

فوائد الحديث

Keutamaan berterusan mengingati Allah تعالى.

Antara besarnya kurniaan Allah ialah memudahkan sebab-sebab untuk memperoleh pahala.

Perbezaan antara hamba-hamba Allah dalam bahagian mereka untuk melakukan pelbagai pintu kebaikan dan kebajikan.

Banyak mengingati Allah dengan lidah melalui tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan selainnya, disertai dengan keselarasan hati, yang boleh menggantikan banyak amalan sunat yang lain.

Perhatian Nabi صلى الله عليه وسلم terhadap orang yang bertanya dengan memberikan jawapan yang sesuai bagi setiap orang.