إعدادات العرض
Islam itu dibina atas lima perkara
Islam itu dibina atas lima perkara
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Islam itu dibina atas lima perkara: Mengucapkan syahadah bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad ﷺ ialah hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji bagi yang mampu dan berpuasa pada bulan Ramadan.
الترجمة
العربية Kurdî English Kiswahili Español اردو Português বাংলা Bahasa Indonesia فارسی தமிழ் हिन्दी සිංහල Tiếng Việt മലയാളം Русский မြန်မာ ไทย پښتو অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી አማርኛ Yorùbá ئۇيغۇرچە Hausa دری Кыргызча or नेपाली Kinyarwanda Română తెలుగు Bosanski Lietuvių Nederlands Soomaali Српски Deutsch Українська ಕನ್ನಡ Wolof Moore ქართული Azərbaycan 中文 Magyar Tagalog Македонски Malagasy Oromoo मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe O‘zbek ភាសាខ្មែរالشرح
Nabi ﷺ mengumpamakan bahawa Islam itu seperti sebuah bangunan yang kukuh dengan lima tiang serinya sebagai sendi binaan tersebut, manakala amalan-amalan lain dalam Islam berfungsi sebagai penyempurna binaan itu. Rukun pertama daripada lima rukun itu ialah dua kalimah syahadah iaitu mengucap tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad ﷺ ialah pesuruh Allah. Kedua-duanya merupakan satu rukun yang tidak boleh dipisahkan. Dengan mengucapkannya, seorang hamba mengakui keesaan Allah, mengesahkan bahawa hanya Dia yang layak disembah bukan selainnya, beramal selari dengan pengakuan itu, serta mempercayai dan mengikuti risalah Muhammad ﷺ. Rukun kedua ialah menunaikan solat, iaitu lima solat fardhu yang diwajibkan setiap hari dan malam: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, dengan menunaikannya mengikut syarat, rukun, dan kewajipan yang ditetapkan. Rukun ketiga ialah menunaikan zakat yang diwajibkan, iaitu ibadah harta yang wajib dikeluarkan daripada setiap harta yang mencapai nisab tertentu menurut syarak, dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya. Rukun keempat ialah menunaikan haji, iaitu pergi ke Mekah untuk melaksanakan ibadah haji sebagai pengabdian kepada Allah ﷻ. Rukun kelima ialah puasa Ramadan, iaitu menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan niat beribadah kepada Allah ﷻ bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.فوائد الحديث
Kedua-dua kalimah syahadah saling berkait. Maka tidak sah yang satu tanpa yang lain. Oleh itu, kedua-duanya dijadikan sebagai satu rukun.
Syahadah merupakan asas agama, maka tiada perkataan atau amalan yang diterima melainkan dengannya.